Pusat Kesenian dan Warisan atau singkatannya (PKW) mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan nama Pusat Seni & Warisan (PSW) dan ditempatkan dibawah Canselori UniSZA. Walau bagaimanapun, bermula 1 Mei 2013 pusat ini telah ditempatkan dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ,UniSZA. Penubuhan PKW ini akan memperkasakan lagi UniSZA dalam bidang Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Sumbangan aktif PKW di peringkat IPTA sepanjang tahun 2008-2010 menyebabkan UniSZA dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAKUM IPTA (Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia) sesi 2011/2012 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi MAKUM bagi sesi 2013/2015 buat pertama kali dalam sejarah Sekretariat MAKUM selama 3 tahun.
Sehingga kini PKW ini telah berupaya menarik minat mahasiswa-mahasiswi dan kakitangan universiti ini untuk mengembangkan lagi bakat seni dan menggunakan masa senggang mereka dengan lebih bermakna, sekaligus dapat melahirkan graduan UniSZA dan kakitangan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek serta multi-skill. Pusat ini juga telah membantu memberi nilai tambah dan menghidupkan suasana kampus yang lebih ceria. Adalah diharapkan sumbangan PKW melalui bidang kesenian, kebudayaan dan warisan akan menjadi pelengkap ke arah memperkasakan lagi nama Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi lebih kompetitif dan cemerlang.
Laman Web Rasmi PKW: https://pkw703.wixsite.com/pkwunisza